Mengenali Upacara Momupus (Artikel 12, UNDRIP)

Upacara Momupus dilakukan selepas selesainya pengebumian si mati. Tujuan upacara ini adalah untuk meminta agar roh itu pulang ke tempatnya dan tidak tinggal terus dengan manusia.

Upacara ini biasanya dibuat selepas 7 hari, Seseorang yang dapat berkomunikasi dan tahu nyanyian perlu melakukan upacara ini.

Mengunakan 8 jenis daun yang digunakan semasa dalam upacara ini. Setiap daun mempunyai tujuan dan maksud sendiri.

Dalai  Dompul Liu Liu Mandahasih Togung MalibTombiouTonusTubo

Melihat kepada upacara ini, Orang Asal sesungguhnya dikaruniai dengan kebijaksanaan dan pengetahuan ini. Maka, untuk mengekalkan keistimewaan ini, Artikel 12 (Deklarasi Hak Orang Asal Antarabangsa, UNDRIP) mengatakan;

Orang Asal mempunyai hak untuk menonjolkan, mengamalkan, membangun dan mengajar tradisi, adat dan upacara spiritual dan keagamaan mereka; hak untuk mempertahankan, melindungi, dan mempunyai akses dengan kebersendirian untuk tapak keagamaan dan budaya mereka; hak menggunakan dan mengawal objek dan peralatan upacara mereka; dan hak akan repatriasi jasad manusia mereka.

Negara-negara mesti mencari jalan untuk membolehkan akses dan/atau mengembalikan objek-objek upacara dan peninggalan sisa manusia melalui mekanisme yang adil, telus dan berkesan, yang dibangunkan dengan kerjasama Orang Asal yang terlibat.

Walaubagaimana pun, melihat kepada keadaan masa kini, hanya segelintir sahaja yang melakukan upacara ini. Kebanyakkan dilakukan dengan melalui cara sembahyang mengikut tatacara Kristian. Sebagai seorang Orang Asal yang sudah menjadi seorang Kristian, adakah ada ruang lagi untuk mengamalkan dan membangun upacara Momopus ini, mengekalkannya?

Pertembungan kepada dua dimensi ini seakan-akan meragut hak itu seperti dalam Artikel 12, UNDRIP.

Namun, apabila ini dipisahkan dari sudut pandang agama, sebagai dalam lingkungan Orang Asal, sememangnya Artikel itu memberikan keistimewaan penuh, tetapi apabila dikatakan sebagai orang Kristian, seolah-olah pemikiran sudah ditetapkan bahawa upacara ini kurang enak dilakukan, hanya mereka yang belum Kristian (Pagan) boleh buat upacara ini.

Jadi dengan populasi perubahan agama ini, bagaimana kita melihat Artikel 12, UNDRIP ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan Orang Asal?

Video on Momopus Ritual (minta maaf dengan kualiti video)

Advertisements

2 thoughts on “Mengenali Upacara Momupus (Artikel 12, UNDRIP)

  1. yahhh, good question Lindu. Apakah kita akan meninggalkan semua praktik yang sudah dijalankan selama puluhan tahun dengan cara berpikir baru? Atau kita menyesuaikan dengan adat dan budaya setempat,..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s