Pembinaan DIRI rasa tidak tahu “MALU”

Setelah selama l3 tahun meninggalkan zaman kelas atas, terpandang gambar lama semasa tingkatan 4 dan 5 mengingatkan kembali semua memori gila-gila dan berani saya. Seawal melangkah ke tingkat 4, saya mendapat tawaran masuk aliran sains di SMK Usukan. Sungguh semangat mahu belajar Sains, siap membeli semua buku-buku Biologi, Fizik segala. Selepas sebulan, lansung tidak berminat untuk belajar di sekolah tersebut.

Jadi saya mengambil keputusan untuk pindah ke SMK Arshad (SMARD) dan masuk kelas akaun. Waktu itu, saya lansung tidak tahu menahu kelas ini macam mana. Apa yang saya tahu, kami ada senior yang akan memberi orientasi kepada kami. Wahh, saya agak pasif dan pendiam ditambah dengan perasaan gemuruh sebab pelbagai cerita gila didengar dari para senior.

Orientasi bermula dengan bermalam di sekolah. Saya tidak berapa ingat hari pertama, tapi apa yang saya alami adalah suatu aktiviti yang sangat gila-gila. salah satunya adalah kami dipaksa berendam di kolam yang menjadi saluran keluar tandas sekolah. Itu sangat gila! dengan menahan kejijikan dan memberanikan diri, berendam di kolam dengan bau-bau yang kurang enak. Disini saya belajar menerima cabaran yang diberi dengan moto “apa yang dilemparkan sama kamu, buat sahaja, kamu bisa melepasinya”. Tanpa ambil peduli dan kisah, saya redah segala kotoran di dalam kolam tersebut.

Selepas orientasi, saya secara jujurnya mengatakan mendapat guru akaun yang sangat menggerunkan. Perut jadi kecut mendengar suara dan melihatnya. Dia mengenakan peraturan yang sangat ketat kepada kami. Saya merasakan diri seakan-akan berada dalam latihan ketenteraan yang penuh dengan duri-duri yang memagarinya. Setiap kali ujian, markah mesti melepasi 75 ke atas, jika gagal, kami dikehendaki membayar duit sebagai denda. Selain itu, denda yang paling saya ingat adalah denda “Permainan Puzzle”.

Dendanya sangat mudah, kami disuruh berkumpul di dalam kolam depan bilik guru sewaktu rehat, kemudian dia mengoyakkan kertas ujian kami dan melemparkan dari atas. Kami dikehendaki mencari kertas ujian kami sendiri dan mencantumkannya semula seperti puzzle. Gila, bayangkan ratusan pelajar menonton kami di tengah-tengah kolam dengan kebasahan sambil membuat permainan ujian kertas puzzle. Memang segala rasa malu hilang.

Masih ingat lagi, apabila melakukan kesalahan dalam formula akaun, kami disuruh melakukan tekan tubi di dinding makmal sewaktu rehat. Dengan selamba, buat sahaja dengan muka yang tebal sambil tersenyum-senyum melihat para pelajar yang melalui makmal tersebut. Saya juga pernah disuruh mencabut rumput di luar kelas dengan ratusan mata pelajar kelas lain.

Denda-denda dan peraturan sebegini memang membantu dalam proses pembinaan diri rasa tidak tahu malu dan berani membuat apa sahaja cabaran yang diberi. Mula menanamkan suatu sikap “nekad” dengan membuat sesuatu sehingga selesai dan berhasil dan berjalan.

Walaupan saya rasa macam teruk juga, tapi yang paling seronok dengan kelas kami adalah menjelang peperiksaan SPM. Kami tidak duduk di kelas, kami menghabiskan masa kelas 2 jam melepak di bawah pokok tempat riadah sambil membuat lagu-lagu formula akaun. Sungguh santai sekali dengan petikan gitar dan nyanyian beramai-ramai. Maka dengan hasil santaian itu, kami berhasil mencipta 10 formula lagu akaun yang kami nyanyikan semasa ulang kaji.

Disini, saya melihat alternative pembelajaran dan seni memang sungguh berkesan. Pembelajaran tidak semestinya di kelas saja tetapi boleh dalam pelbagai bentuk juga seperti gubahan formula akaun kepada lagu. Ingatan adalah lebih kuat jika formula yang berangka dibentuk dalam nyanyian dan santai.

Sesungguhnya pengalaman 2 tahun dengan Cikgu Zamri memang suatu yang tidak dilupakan sepanjang kehidupan ini, pengalaman yang menambahkan pertumbuhan akar kepada peribadi untuk terus berencana dan menjalani detik perjalanan seterusnya. Pendedahan kepada praxis yang mencabar telah menguatkan diri dan semangat untuk mencapai sesuatu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s