Story telling with the Church of the Divine Mercy’s youth on exposure

Exposure_lights_image

Saya telah terdedah dengan exposure pada umur 20 tahun semasa saya belajar di UiTM Sabah. Setiap kali cuti semester, saya akan mengikuti program masuk kampung yang di anjurkan oleh UiTM Sabah. Kami akan memasuki kampung di Lahad Datu, dan beberapa kawasan kampung di daerah yang berbeza, kemudian saya melanjutkan pendidikan saya di UiTM Shah Alam dan disini saya berpeluang mengikuti beberapa exposure yang telah mengubah hidup saya.

Saya telah mengikuti exposure di Sarawak pada tahun 2010 di mana Bertha sudah kongsikan sebentar tadi dan pada tahun 2011, sekali lagi saya mengikuti exposure di Sabah di mana Elda telah kongsikan. Pada tahun 2011 juga, saya telah berpeluang mengikuti satu exposure di kampung Orang Asli iaitu Kampung Dungun bersama dengan Fr. Paulino dan Kumpulan mission di CDM. Ini merupakan titik permulaan saya mempunyai exposure di Semenanjung. Kami dengan beberapa rakan CVS menyertai mission ini sebanyak 3 kali ke kampung Dungun.

Apabila saya berada di Kampung tersebut, perkara pertama yang saya buat adalah mencari apakah masalah dan isu yang berlaku di kampung tersebut. Melalui perkongsian, saya mendapati bahawa sebuah syarikat telah memasuki kampung tersebut dan membuat ladang kelapa sawit. Saya dapat melihat di sebelah kanan saya adalah kelapa sawit dan sebelah kiri saya adalah kawasan perumahan kampung tersebut. Pihak mission CDM telah memutuskan untuk membuat satu projek dengan membuat rumah yang konkrit untuk penduduk disana supaya tanah mereka tidak dirampas. Disini saya telah mengenal pasti isu adalah tanah dan cara saya mengenal pasti adalah melalui story telling dengan beberapa penduduk disana.

Selain itu, kami juga melakukan gotong royong kawasan kampung untuk mengeratkan hubungan dengan penduduk di sana, kita bukan melihat gotong royong ini sebagai membersihkan kawasan mereka kerana kotor, tetapi gotong royong ini adalah untuk peluang kita untuk beramah mesra dan bersolidaritas dengan mereka dimana saya berpeluang bercerita dengan mereka dan mengetahui situasi ekonomi mereka, bagaimana mereka masuk hutan sejauh 4 jam untuk semata-mata memetik sayur dan memburu. Saya juga mengetahui keadaan pendidikan anak-anak mereka dimana kebanyakkannya tidak dapat membaca dan ada yang tidak berpeluang untuk ke sekolah di sebabkan masalah kewangan. Jadi melalui beberapa aktiviti sepanjang di kampung tersebut, saya telah mendapat beberapa maklumat penting seperti apakah isu, keadaan ekonomi, budaya, pendidikan dan sosial penduduk disana. Exposure ini berjalan hanya sehari sahaja.

Saya juga telah berpeluang mengikuti exposure di Kampung Gesau, Bidor pada tahun 2013 apabila MAGIS MAS Singapore dan Malaysia telah memberikan kami mandat untuk mengadakan satu exposure di Bidor. Kami tinggal di Kg. Chang, Bidor sebagai base camp dan sebelum memasuki 3 kampung iaitu kampung Tesong, Kampung Sg. Gesau dan Kampung Sg. Bill, peserta terlebih dahulu di berikan pendedahan apakah itu exposure dan apakah analisa yang perlu ada sepanjang berada di kampung-kampung tersebut, seperti yang sudah sebutkan di atas, saya beramah mesra dan dan bersolidaritas untuk menyiasat apakah isu dan masalah yang mereka hadapi. Saya juga berpeluang mengikuti keluarga angkat saya membuat aktiviti harian mereka seperti mencari sayur di hutan dan menanam ubi. Kami juga mempelajari untuk membuat kraftangan mereka.

Selepas membuat pemerhatian, mengetahui cerita-cerita penduduk kampung di tempat exposure. Apa yang saya buat adalah membuat satu analisa yang kritikal dengan menghubungkan penglihatan saya iaitu mata dengan pemikiran saya iaitu Kepala dengan bertanyakan soalan –soalan seperti begini, kenapa mereka miskin? Apa yang meyebabkan mereka miskin? Siapakah yang meyebabkan mereka miskin? kenapa alam dan hutan yang cantik mesti di musnahkan dengan penanaman kelapa sawit ataupn empangan? Bagaimanakah kehidupan penduduk kampung jika pembalakan diteruskan dan tanah mereka di rampas? Kenapa anak-anak penduduk kampung tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya? Dimana kah Tuhan dalam kesengsaraan mereka?

Melalui persoalan-persoalan ini, refleksi saya telah bergerak ke hati dimana saya mempunyai satu perasaan rasa bersalah terhadap diri saya sendiri. Saya tinggal di tempat yang selesa, saya mempunyai segala-segalanya tetapi penduduk kampung hidup dalam keadaan yang menderita dan berjuang sepanjang masa. Saya mula bertanya kepada diri saya sendiri dengan membuat reflekasi seperti sebagai pelajar dan youth, apakah yang saya dapat buat untuk membantu penduduk kampung disana? Kenapa saya bersikap tidak ambil peduli selama ini dengan tidak mengambil tahu apa yang berlaku di luar hidup saya.

Melalui persoalan-persoalan ini, ianya telah menggerakan tangan, kaki dan mulut saya untuk memberi respon terhadap mereka yang tertindas dan tidak dapat bersuara. Seluruh tubuh saya mula bergerak, mula dari mata melalui penglihatan dan bergerak ke kepala dengan analisa yang kritikal dan melalui reflection yang mendalam telah menggerakkan hati saya untuk menggerakkan tangan, kaki dan mulut saya untuk bergerak dengan membuat aksi-aksi kecil seperti menyertai kempen Save Ulu Papar dan Save Ulu Baram, dan saya melihat diri saya menjadi seorang manusia sebenar.

Melalui semua exposure yang saya telah lalui, saya telah melalui satu pengalaman yang sangat bernilai dimana telah menjadikan sebagai seorang manusia daripada sebelum ini. Setiap orang yang saya temui telah memberikan nilai-nilai yang saya tidak akan dapat tanpa exposure. Jadi, exposure sangat penting untuk menggerakkan seluruh tubuh badan untuk bertindak dalam perjuangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s