Shamanisme Sabah : Mangambao

Shamanisme Sabah : Mangambao

 

 

Penulisan saya kali ini membawa pembaca kepada upacara shamanisme di Sabah suku kaum Dusun Tindal yang seterusnya iaitu Magambao.

Seperti Mamagambil,  shamanisme Mangambao juga dilakukan dengan tujuan untuk menyembuhkan penyakit dalaman seseorang dengan mendapatkan roh si pesakit yang telah di ambil oleh “rogon jahat” atau “syaitan jahat”.

Selain itu, Mangambao dilakukan untuk melindungi sesebuah  rumah dengan berkomunikasi dengan rogon-rogon yang kemungkinan besar tinggal bersama dengan kita di dalam rumah dan juga berkomunikasi dengan rogon-rogon tanah, rogon-rogon air dan rogon-rogon di pokok.

Mangamabo

Sebelum memulakan upacara Mangambao, Bobolian dan Bobohizan (pengamal-pengamal upacara shamanisme) akan meletakkan satu tarikh khas untuk upacara Mangamabo.

Selepas itu, Bobolian ataupun Bobohizan akan menjemput rakan-rakan Bobolian dan Bobohizan yang lain untuk menyertai upacara ini.

Upacara Mangambao mesti dilakukan dengan 3 ataupun 10 orang Bobolian dan Bobohizan dan tidak boleh dilakukan oleh seoang Bobolian dan Bobohizan sahaja. Penduduk kampung disekitar juga dijemput untuk turut serta dalam Mangambao dengan satu syarat dimana mereka yang menyertainya harus mematuhi pantang larang seperti tidak boleh memetik pisang dan mengambil batang “Polod” ataupun “sejenis makanan dari batang pokok kelapa” untuk menghormati upacara Mangambao ini.

Bobolian dan Bobohizan kemudiannya akan mencari seekor “babi” ataupun “Wogok” untuk dijadikan penyembahan dalam upacara Mangambao dimana Wogok akan dipersembahkan kepada rogon jahat semasa mengambil roh si pesakit dan juga kepada rogon-rogon lain yang berada di tanah, rumah, air dan pokok.

Lagu-lagu mantera

Upacara Mangambao  dimulakan dengan menyembelih atau “menombok” Wogok tersebut dengan di sertai  “rinait dan watang” atapun “lagu-lagu mantera” yang berbeza-beza mengikut kepandaian rinait dan watang setiap Bobolian dan Bobohizan.

Rinait dan watang yang dinyanyikan adalah untuk memanggil malaikat-malaikat pelindung yang akan menolong Bobolian dan Bobohizan untuk mendapatkan roh si pesakit yang telah di ambil oleh rogon jahat. Mereka yang turut serta dalam Mangambao juga boleh mengikut membaca rinait dan watang yang di nyanyikan oleh Bobolian dan Bobohizan.

Antara rinait dan watang yang di nyanyikan oleh nenek saya semasa Mangambao ialah rinait do “Sugang”

Rinoit do “Sugang”

Oi kumburongoh, sugaun ti topong sugang, ngoyo ku di kumborongoh

Iso kudi rinokian,sungaun ti topong sugang,topong di kumborongoh

Sugang tanak gararaong ngadau

Irung tanak  irung sidang,aawi kanto garao ngadau

Inda kanto irung sidang tolindakon dot nokuod soroungan dot nawalie

Ko suminban kotugangon  dot tumitiu ko suminban dot tinogu

Monida nogi tondiu manahang nogi kolumpod

Molungou longou ei rinatai mansampur-sampur ei tanah

Hilo no simbang tarasi, ei’ e  koh ei sugang nga amu osulian

Rimuda om rumasa, ei’e  maga oii, simbang dahai kumborongoh

Irung dahai rinokian hilo no sugang tarasu om hilo noh irung taadau

Sugang nga amu osulian ei rimunda aaratan

Bobolian dan Bobohizan yang mahir dalam upacara Mamagambil akan memanggil Tombilonnya iaitu Himbou, manakala Bobolian dan Bobohizan yang lain akan memanggil semangat komburongoh dengan menggunakan sejenis alat shamanisme iaitu Kumburongoh.

Ada Bobolian dan Bobohizan memanggil  semangat yang dipanggil Dahao dengan menggunakan sejenis alat shamanisme iaitu Ginding. Semangat-semangat Himbou, Komburongoh dan Dahao akan terpanggil melalui rinait dan watang yang di nyanyikan oleh Bobolian dan Bobohizan dan ikut serta dalam upacara Mangambao.

Monsuhut

Di sebelah siang, Bobolian dan Bobohizan berterusan menyanyikan rinait dan watang masing-masing hingga sampai waktu malam. Di sebelah malam, Tombilon, Himbou dan Komburongoh bersama-sama dengan Bobolian dan Bobohizan akan melakukan Monsuhut (mengambil roh si pesakit) yang telah di ambil oleh rogon jahat.

Rogon

Bobolian dan Bobohizan juga akan berkomunikasi dengan rogon-rogon yang tinggal di rumah bersama dengan manusia untuk merapatkan hubungan rogon dengan manusia supaya rogon yang tinggal di rumah tidak akan menjadi jahat kepada manusia.

Salah satu rogon iaitu Tandahou. Tandahao merupakan rogon yang baik dan menolong manusia dimana rogon ini membantu mengukuhkan kedudukan rumah supaya tidak tumbang apabila ribut kuat melanda.

Bobolian dan Bobohizan juga berkomunikasi dengan rogon-rogon lain seperti rogon tanah iaitu Satana dan Koromit, rogon air iaitu tambaig, rogon di pokok-pokok besar iaitu Tompuan. Tompuan biasanya hidup di “Nunuk” ataupun “pokok-pokok yang mempunyai batang besar.

Ini adalah bertujuan supaya rogon-rogon ini tidak akan menganggu kehidupan manusia terutamanya keluarga si Bobolian dan Bobohizan.

Upacara turun-kemurun

Upacara Mangambao adalah upacara shamanisme yang memakan masa yang lama untuk mempelajarinya.

Nenek saya sendiri telah mengambil masa dua tahun untuk menghafal rinait dan watang dimana nenek moyang menyampaikan rinait dan watang dalam bahasa lisan kerana nenek saya tidak pandai menulis.

Setiap malam, nenek saya akan menghafal beberapa bait rinait dan ratang sehingga rinait dan watang itu lengkap menjadi satu lagu mantera. Proses pembelajarannya memerlukan kesabaran dan minat yang tinggi untuk menguasai ilmu dan pengetahuan alam yang menakjubkan ini.

Maka Mangambao itu sesuatu pengetahuan dan ilmu yang memerlukan kekuatan dan komitmen yang tinggi untuk mempelajarinya dimana ianya memerluka daya ingatan yang kuat untuk mengingati setiap bait rinait dan watang.

Persoalannya sanggupkah kita memberi ruang kepada otak dan minda kita untuk menghafal semua ini? Penulisan saya akan bersambung kepada shamanisme yang seterusnya iaitu “Moguhok”.

– See more at: http://www.projekdialog.com/featured/shamanisme-sabah-mangambao/#sthash.urTwbTxK.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s