Saya tak mau rumah, saya mau “Hak saya sebagai seorang MANUSIA!

 

On 20 March 2014, saya telah mengikuti satu exposure yang dinamakan “Pudu Street Exposure”. Tujuan exposure ini adalah untuk melihat dan merasai bagaimana keadaan dan kehidupan orang-orang street di sekitar Pudu Raya. Exposure ini di ketuai oleh seorang Homeless activist iaitu Rayna, seorang pelajar di Universiti Malaya dalam Policy Study. Rayna telah memulakan perjalanan hidupnya dengan Street Peple di Malaysia seawal tahun 2013 apabila dia membuat keputusan untuk membuat research ke atas OPS Gelangadan iaitu satu operasi yang di jalankan oleh JKM untuk menangkap Street People dan menghantar mereka ke pusat-pusat kebajikan.

Kami memulakan perjalanan dengan melawat taman yang berhampiran dengan bangunan UTC di Pudu Sentral. Sampai saja di park, saya dapat melihat Street People mula bergelimpangan di tepi pokok, di lorong-lorong dan kerusi di taman tersebut. Rayna terlebih dahulu memberikan sedikit penjelasan tentang apakah itu “Homeless dan Street People”, OPS Gelangandan dan bagaimana dia memulakan pergaulannya dengan Street People di sana. Saya mengamati dimana kebanyakkan Street People di taman tersebut sangat mesra dan peramah dengan Rayna. Hampir semua mereka menegur Rayna apabila berselisih dengannya. Owh, begini rupanya bila seseorang itu bekerja dengan orang-orang grassroots dengan rapat ataupun mereka yang menjadi mangsa kepada cause tersebut. Adakah itu menggambarkan activism yang sebenarnya? Dia juga menerangkan bahawa kebanyakkan Street People adalah mereka yang tidak mempunyai pekerjaan, ada yang mempunyai pekerjaan tetapi ditipu oleh majikan mereka, ada yang LGBTQ dimana telah dihalau keluar dari rumah, ada keluarga yang tidak mampu untuk menyewa rumah ataupun bilik. Saya dapat melihat sebuah keluarga dengan seorang anak kecil tidur di atas kerusi tanpa selimut dengan beralaskan papan sahaja.

Rayna kemudianya membawa kami untuk berinteraksi dengan beberapa Sreet People. Moli bukan nama sebenar adalah berasal dari Kudat, Sabah. Dia telah menjadi Street People selama setahun dan menginap di taman tersebut. Dia mempunyai seorang pekerjaan tetapi gajinya tidak mampu untuk menyewa sebuah bilik di kawasan Kuala Lumpur. Ada juga Street People yang berasal dari Perak dan hampir setahun menjadi penghuni di taman tersebut. Berdasarkan kepada perkongsian dua penghuni taman tersebut, kebanyakkan mereka sangat mengenali antara satu sama lain dan mereka juga telah membentuk satu komuniti di taman itu. Salah seorang daripada Street People mengatakan bahawa tidur adalah sangat penting kepada mereka kerana kebanyakkan Street People mempunyai depression dan stress yang sangat tinggi, sesetengah daripada mereka menjadi gila dan tidak waras disebabkan tekanan tersebut. Salah satu cara untuk mengelakkan daripada berfikir masalah-masalah hidup adalah tidur dimana mereka dapat melupakan masalah-masalah hidup sekejap. Mmmm..disini saya mempelajari kenapa saya memerlukan tidur yang cukup …”Theology of Tidur” hehehe. Tetapi habit tidur ini juga mempunyai kesan buruk kepada Street People dimana mereka menjadi malas untuk bekerja dan bergerak ke mana-mana kerana biasa tidur saja. Kebanyakkan Street People tidak mempunyai masalah dari segi makanan kerana terdapat beberapa NGOs yang memberikan makanan kepada mereka setiap hari kecuali hari selasa. Salah seorang Street People cakap, dia terpaksa berpuasa pada hari selasa kerana tiada orang yang memberi makanan.

Saya berfikir kenapa mereka memilih untuk menjadi Street People ataupun Homeless? Berdasarkan kepada latar belakang, kebanyakkan mereka adalah orang tempatan dimana mereka mempunyai pilihan untuk pulang ke kampung halaman.

Dari analisis saya, Street People menjadi Homeless disebabkan oleh kesan dari ekonomi, sosial dan politik dimana seandainya  mendapat keadilan dalam pekerjaan dimana majikan memberikan layanan yang setimpal dan menjaga pekerjanya, mereka akan mempunyai satu kehidupan yang lebih baik, tetapi majikan akan mengatakan yang kami akan kekurangan untung kalau kami memberikan gaji yang tinggi dan kebaikan-kebaikan pekerja seperti medical dan cuti sakit. Adakah dengan penguatkuasaan dalam akta pekerja Malaysia yang tidak ketat dimana kebanyakkan majikan dengan sewenang-wenangnya tidak mematuhi akta ini. Bagaimana dengan perlaksanaan kepada gaji minima pekerja iaitu RM900.00 di Semenanjung Malaysia dan RM800.00 di Sabah dan Sarawak? Adakah gaji ini mencukupi untuk mereka? Bagaimana pula dengan polisi-polisi NGOs dalam menjalankan activism mereka? Menurut Rayna, kebanyakkan Ngos adalah lebih kepada charity based dimana mereka memberi makanan dan pakaian kepada mereka. Setakat ini belum ada lagi NGOs yang memberikan latihan dan pendidikan kepada Street People dan Homeless. Bagaimana kah memperkasakan Street People supaya mereka mempunyai keyakinan untuk membangkitkan isu-isu yang menindas mereka seperti penindasan dalam pekerjaan dan hak-hak mereka untuk mendiami dimana sahaja tempat di Malaysia.

Persoalan-persoalan sangat membantu untuk membawa kepada reflection dimana secara tidak lansung membantu dalam menjawap sesetengah masalah-masalah yang berlaku dengan Street People dan Homeless selain daripada exposure dan charity.

 

 


Leave a comment