Story in Yangon

 

Yangon berwajah budaya dimana saya melihat kebanyakkan bangunan lama masih disimpan dan tidak diubah kepada wajah baru. Yangon adalah sebuah tempat dimana penduduknya mempunyai budaya yang sangat unik. Salah satunya adalah budaya sarong dimana kebanyakkan lelaki memakai sarong ketika berjalan di lorong-lorong pekan. Sebelum ini, saya fikir yang pemakaian sarong adalah biasanya digunakkan oleh kaum perempuan saja, tetapi di Yangon, pemakaian kaum lelaki adalah bersifat “Feminine dimana mereka memakai sarong ke mana-mana sahaja”. Kaum wanita di Yangon juga memakai sarong tetapi cara pemakaiannya dengan kaum lelaki adalah sedikit berbeza. Kita boleh nampak perbezaan diantara dua cara pemakaian ini. Maka saya melihat dan merasa  yang masyarakat Yangon sangat kuat berpegang kepada seluruh aspek budaya dari pakaian, makanan dan bangunan mereka.

Ketika saya berkomunikasi dengan beberapa orang wakil kumpulan pergerakan wanita di Yangon. Saya dapat merasakan bahang penindasan yang berlaku disebabkan struktur teknikal undang-undang yang telah di buat oleh kerajaan. Sebagai contoh dimana penggunaan motosikal telah diharamkan oleh kerajaan kerana pada suatu ketika dahulu, sekumpulan pelajar telah menunggang motosikal untuk membuat demotrasi kepada kerajaan. Sejak saat itu, pengunaan motosikal telah dimansuhkan. Kita dapat melihat di Yangon, hanya kereta dan bas menjadi pengangkutan utama kepada masyarakat Yangon. Selain itu, kerajaan juga mempunyai satu dasar kemasukan “Foreigner” di negara mereka sangat ketat dimana kebanyakkan misionaries yang datang ke Myanmar akan menanggung perbelanjaan yang sangat tinggi. Mereka terpaksa memperbaharui lesen visa dalam masa dua minggu untuk menetap di Myanmar. Mereka juga tidak di benarkan tinggal di rumah teman-teman ataupun saudara di Yangon. Mereka terpaksa menyewa hotel yang memakan kos dalam 30 dollar hingga 100 dollar.

Melalui perkongsian saya dengan seorang wanita di Myanmar, dia  mengatakan penindasan dikalangan kaum wanita sangat kuat di Myanmar dan ianya berlaku secara senyap dan tidak senyap. Sebagai contoh dimana seseorang wanita Myanmar yang berkahwin adalah menjadi dibawah kawalan suaminya. Si isteri harus tunduk kepada arahan suaminya dan segala milik si isteri akan diserahkan kepada suaminya. Domination antara agama juga membawa kepada penindasan terhadap kaum wanita di Myanmar dimana apabila si suami mempunyai dua isteri dan si suami adalah beragama Buddha dimana seorang isterinya beragama Katolik dan seorang lagi beragama Buddha. Isteri yang beragama Buddha akan mendapat layanan yang lebih berbanding kepada isteri yang beragama Katolik. Seperti yang kita ketahui, Yangon merupakan sebuah negara yang di demonisasikan oleh agama Buddha.

 Saya juga dapat melihat “self determination “ dikalangan kaum wanita yangon adalah sangat tinggi. Mereka sedar penindasan-penindasan yang telah berlaku sama mereka cuma mereka tidak dapat meluahkan perasaan-perasaan di dalam diri sendiri disebabkan dengan had-had tertentu seperti struktur dalam masyarakat dimana hampir didominasikan oleh “Patriaki” dan juga strukur kepimpinan atasan yang tidak memberikan ruang kepada struktur bawahan untuk bersuara. saya merasakan adalah amat penting untuk mendalami apa yang mereka inginkan dan apakah isi hati mereka sebenar apabila kita mulai berbicara dengan mereka. Melihat kembali kepada cerita hidup saya yang saya kongsikan dengan mereka,  saya dapat merasakan mereka lagi mempunya cerita hidup yang sangat unik dan hebat. Pengalaman yang dikongsikan bersama dengan peserta-peserta workshop kali ini merupakan satu proses dalam pembentukan refleksi diri sendiri dimana pertukaran cerita hidup dengan mereka telah membolehkan saya untuk mempelajari nilai-nilai kehidupan seseorang yang bergelar “Wanita”. Pengunaan “Story Telling” merupakan satu proses pemindahan ilmu yang sangat berkesan dimana penceritaan tersebut membuatkan si pencerita dan penerima cerita dapat membuat pertukaran ilmu bersama.

Sesungguhnya pengalaman di Yangon sangat berharga bagi saya dimana kekuatan budaya dan perkongsian yang sungguh erat diantara kami semua.Image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s