“Perkongsian Rojak”

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Projek Dialog kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengkongsikan buah fikiran dan sudut pandang saya kepada anda semua. Seperti yang kita ketahui, setiap orang mempunyai perspektif dan buah fikiran yang berbeza, maka tidak semestinya idea-idea dan sudut pandang saya disini akan mewakili perspektif keseluruhan penduduk yang beragama Kristian di Malaysia khususnya di Sabah. Saya disini ingin mengkongsikan buah fikiran saya berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman yang saya lalui semasa di sekolah, universiti, aktiviti-aktivti bersama dengan “Student movement” yang dipanggil SALT iaitu nama penuhnya adalah School of acting justly, Loving, tenderly, treading and humbly dan realiti sebenar diri saya sebagai seorang kristian, Orang Asal dari Sabah dan Malaysian.

Pertama sekali saya ingin menyentuh kepada senario kemasyarakatan di Malaysia.  Seperti yang kita ketahui, Malaysia adalah sebuah negara yang unik dimana mempunyai pelbagai etnik yang hidup secara berlainan tetapi berada di bawah satu sistem perlembagaan undang-undang. Di Sabah, terdapat sekurang-kurangnya 30 kumpulan etnik dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek dan Pengamalan agama yang berbeza Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Animisme. Oleh itu, disini saya melihat kepelbagaian itu  unik tetapi kepelbagaian itu juga cenderung membawa kepada “Etnosentrik” iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sangat wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun dikatakan berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

Etnosentrik ini seterusnya membawa kepada persaingan sesama etnik dalam perebutan kuasa, pengaruh dan perhatian daripada masyarakat setempat . Sudut pandang ini boleh dikaitkan kepada salah satu fakta sejarah Sabah dimana pada tahun 1969-1975 di bawah pemerintahan USNO yang diketuai oleh Tun Mustapa, satu aktiviti dasar pengislaman yang agresif telah berlaku dimana USNO telah membentuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau lebih dikenali sebagai USIA.

Mereka telah menjalankan kempen pengislaman di seluruh negeri dengan bantuan kerajaan pusat yang dengan tujuan untuk menyemai nilai-nilai Islam ke dalam pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam Sabah. Sesiapa yang menentang akan dianggap sebagai pelampau atau sesat. USIA bersungguh-sungguh mempromosikan penukaran agama pribumi penduduk Sabah kepada Islam dengan menawarkan pelbagai ganjaran dan kedudukan pejabat. Pemecatan mubaligh Kristian juga telah dilakukan bagi mengurangkan penganut Kristian pribumi di Sabah.

Pada tahun 1973, USNO juga telah meminda Perlembagaan Sabah untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi Negeri Sabah dimana telah melanggar Point pertama dalam perjanjian 20 Sabah iaitu While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo”.

Pemindahan perlembagaan ini menjadi titik permulaan Sabah dalam kehilangan hak kebebasan beragama. Disini kita dapat membayangkan adanya emosi-emosi kekecewaan, kemarahan, sedih  pada masa tersebut khususnya kepada penganut agama lain. Sejarah ini telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap penduduk Sabah dimana peristiwa ini telah menjadi warisan penceritaan dari nenek moyang hingga ke generasi baru dimana nenek saya juga menceritakan sejarah tersebut kepada saya.

Sesungguhnya peristiwa ini telah menimbulkan satu “Damage control” yang teruk terhadap masyarakat masa kini khususnya generasi muda. Salah satu kesan dari “Damage control” ini adalah kewujudan pemikiran atau kepercayaan yang bersifat “Rasisme” iaitu prejudis yang sangat kuat terhadap agama lain. Contoh pengalaman saya, ketika saya dan rakan-rakan lain bersembang tentang sebuah movie iaitu “Escape Plan”, dimana dalam movie ini terdapat seorang pelakon muslim yang kemudianya mati ditembak dan salah seorang rakan saya memberi respon dengan kenyataan ” Nasib baik dia yang mati sebab dia muslimkan. Selain itu, mengikut kenyataan seorang senior pastor of Grace Assembly Church In Malaysia mengatakan “kami merasakan seperti kelas yang kedua dimana sebagai seorang Kristian, kami dipandang rendah oleh orang Melayu dan ini telah menimbulkan kebencian oleh kalangan penganut Kristian dan menyebabkan ketegangan dalam etnik. Kenyataan –kenyataan yang bersifat negatif ini menunjukkan wujudnya perasaan tidak suka di dalam hati mereka masing-masing.

Permasalahan dari segi pemikiran dan tanggapan negatif ini tidak berhenti tetapi telah berterusan dengan timbulnya pelbagai masalah yang melibatkan agama di  negara kita.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s