SEKETIKA BERSAMA “SEORANG AKTIVIST”

Image

Woooww…saya merasakan satu dimensi pemikiran saya berubah apabila mengamati butir-butir perbualan saya dengannya. Perkongsian tersebut sudah bermain-main di dalam fikiran saya selama ini dan saya menemui suatu pengetahuan yang sangat mendalam dan  sedikit persoalan tentang prespektif saya terhadap dunia aktivism. Selain itu, perkongsian ini juga telah menanamkan benih perasaan ingin mendalami sejarah setiap masyarakat dengan lebih terperinci. Perkongsian bagaimana DIA menjadi seorang penulis melalui imaginasinya yang sangat kuat sehingga gambaran tersebut menjadi realiti dan nyata. Disini satu pandang sudut saya terhadap penulisan telah terbuka dimana tidak semestinya penulisan berdasarkan kepada fakta semata-mata tetapi berdasarkan kepada naluri yang kuat dalam diri. Bagaimanakah naluri ini membantu dalam penulisan adalah dimana kita banyak berkongsi cerita dan pengalaman dari orang lain secara lisan samada formal dan tidak formal. Ini secara tidak lansung, minda kita sebenarnya sudah menyimpan segala maklumat dan fakta yang kita tidak sedari. Apabila kita mulai membuat penulisan tentang sesuatu topik, kita mulai memikirkan pengalaman-pengalaman perkongsian kita dengan orang lain di masa-masa lepas dan kita mulai sedar betapa penting perbualan santai dan relak dimana kebanyakkan orang menganggapnya “perbualan kosong”. Selain itu, seorang penulis tidak semestinya mahir dalam bahasa tatabahasa atau penyusunan ayat tetapi aturan jalan cerita mengikut imaginasi dan fakta penceritaan. Menurutnya, 10% adalah fakta dan 90 % adalah imaginasi anda. Untuk menguatkan imaginasi ini, adalah digalakkan untuk melawat subjek penceritaan, bercerita dengan objek dan membuat kajian tentang sejarah asal usul topik utama penceritaan tersebut.

Insight yang seterusnya adalah tentang “Wisdom of Indigenous”. Apabila sesetengah aktivis ataupun NGO melakukan sesuatu program dan aktiviti di sesebuah tempat, adalah amat penting untuk mendalami latar belakang budaya sesebuah tempat tersebut. Pendalaman dan pemahaman ini sangat membantu masyarakat tersebut untuk menyedari dan rasa dihargai tentang apa yang mereka ada. Seperti yang kita tau, Wisdom of Indigenous adalah banyak berkait rapat dengan semangat alam, so sesetengah orang akan memandang wisdom ini adalah Pagan lah, tidak boleh belajarlah sebab bertentangan dengan agama kita sekarang. Tetapi DIA mengatakan yang wisdom ni lah yang akan kekal di dalam sesebuah budaya dan akan hilang sekiranya kita membuang semua wisdom ini. Lantas saya berfikir, bagaimanakah kita mengekal kan budaya ini dengan lebih mendalam. Pengekalan itu bukan dalam bentuk Eco-Tourist tetapi pengekalan dalam bentuk proses pembelajaran dan menjadi daya tarikan anak muda untuk mempelajarinya. Di dalam proses memperkasa kan sesuatu masyarakat juga, tanggapan dan andaian yang positif sangat penting. Contoh perkongsiannya adalah dimana DIA mempunyai aktiviti mengajar ibu-ibu dan orang kampung untuk menulis dan membaca. Di kampung tersebut, terdapat seorang ibu tua yang jika dilihat secara mata kasar, kita akan menganggap ibu tua ini tidak boleh membaca dan menulis, malah seorang rakan dalam aktivitinya mengatakan yang “kita tidak payah ajar dia, dia memang tidak boleh menulis dan membaca”. Pemikirannya rakanya adalah dia meletakkan ibu tersebut adalah bodoh dan tidak tau apa-apa. Akan tetapi, DIA (kawan saya ini) mengatakan “ kita tidak tau samada dia boleh menulis atau tidak, kita tidak mencuba lagi untuk mengajarnya, saya akan cuba mengajarnya dalam masa 5 hari ini dan DIA mengatakan “adalah penting jangan membuat assumption terlalu awal dengan meletakkan persepsi yang buruk terhadap orang tersebut. DIA mengajar ibu tua ini dalam masa 5 hari dan masa terakhir bengkel, ibu itu berjaya menghasilkan satu penceritaan tentang kampungnya dimana orang lain tidak menceritakan. So disini menunjukkan kadang-kadang pemikiran negatif kita terhadap orang tersebut membuatkan orang tersebut menjadi lemah sebab pemikiran kita mempunyai tenaga dan vibration terhadap orang tersebut. Wowwwww….ini insight palinggg berguna dalam hidup saya.

Sangat mengagumkan apabila DIA bercerita tentang sejarah orang JAWA di Indonesia. wowww…bukan setakat itu, sejarah dunia pun DIA tau. Secara tidak lansung, sejarah sangat membantu dalam proses pembentukan minda seseorang aktivis. Sejarah boleh diperolehi melalui pembacaan dan penyelidikan online. Bukan setakat membaca tetapi memberikan refleksi terhadap bahan tersebut dengan mempersoalkan ..betulkah? bagaimana ianya berlaku?. Ini juga membantu menarik minat untuk mempelajari budaya juga. So, sejarah itu sangat penting dan bagaimana kita dapat membandingkan sejarah dengan situasi masa kini dan mengaplikasikan di dalam pekerjaan seharian kita.

Sesungguhnya perkongsian yang hanya memakan 3 jam sangat memberikan manfaat kepada saya untuk melihat kembali diri saya dan membuat renungan yang lebih mendalam. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s